Putrajaya (15 August 2018) :   Imsak - 5:43 AM    Subuh - 5:53 AM    Syuruk - 7:10 AM    Zohor - 1:21 AM    Asar - 4:37 AM    Maghrib - 7:27 AM    Isyak - 8:38 AM
                                             
  • Kenyataan Mujahid Berbaur Fitnah & Berdasarkan Laporan Audit Separuh Masak

    Merujuk kepada sessi penggulungan oleh  YB Mujahid Yusof Rawa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di Parlimen petang tadi berkenaan laporan Audit Dalam oleh Pasukan Audit Dalam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan  (MAIWP) ke atas Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) ternyata ia bersifat FITNAH.

    Yang Berhormat Menteri telah membuat satu bentuk dakwaan berdasarkan laporan Pasukan audit dalam MAIWP yang bukan juruaudit bertauliah. Malah dapatan mereka masih bersifat separuh masak kerana  belum dijalankan “exit conference”.

    Pihak IKSIM telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak Audit Dalam (MAIWP) sejak dari awal dan masih menunggu “exit conference” yang telah ditangguhkan sebanyak 3 kali oleh pihak MAIWP setelah pihak IKSIM menjawab semua soalan-soalan yang dikemukakan.

    Pihak IKSIM menyeru supaya semua pihak berpegang kepada etika kerja yang betul dan tidak melangkaui prosedur dengan mengemukakan pelbagai bentuk dakwaan sebelum semua proses audit lengkap sepenuhnya.

    RM 7.4 Juta dana yang dibangkitkan oleh YB Menteri adalah berpunca dari prosedur kerja dan tatacara perakunan yang berbeza di antara MAIWP dan prosedur yang digunapakai oleh IKSIM. Setiap ringgit yang diuruskan perbelanjaan oleh IKSIM mempunyai rekod terperinci dan boleh disemak dalam masa beberapa minit. Akan tetapi pasukan Audit MAIWP menganggap perbezaan itu sebagai kesilapan.  

    Untuk makluman, IKSIM bukan anak syarikat MAIWP. IKSIM telah diaudit BERSIH sejak ditubuhkan oleh juruaudit bertauliah. IKSIM tertakluk di bawah Akta Syarikat dan MAIWP pula di bawah Akta 505.

    Pihak IKSIM  ingin mengingatkan semua pihak bahawa kenyataan dan dakwaan yang telah dibuat berdasarkan laporan audit separuh masak oleh YB Mujahid Yusof Rawa di luar Parlimen sebentar tadi tidak diberikan imuniti. Justeru sesiapa yang memanjangkannya boleh terjebak dengan tindakan undang-undang.



    KENYATAAN LAIN