Putrajaya (10 December 2018) :   Imsak - 5:37 AM    Subuh - 5:47 AM    Syuruk - 7:07 AM    Zohor - 1:09 AM    Asar - 4:31 AM    Maghrib - 7:05 AM    Isyak - 8:19 AM
                                             
  • Pengurusan Dana Fi Sabilillah

    Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), bergerak dengan dana fi sabilillah bagi menjalankan tugasan-tugasan untuk memastikan Kedaulatan Islam di Malaysia kekal terpelihara dan diletakkan ditempat yang tertinggi. Kedaulatan Islam terpahat kemas di dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong diwajibkan bersumpah untuk memelihara Islam pada semua masa.

    Dalam kajian yang telah dijalankan IKSIM, salah faham mengenai kedudukan Islam di Malaysia jelas menular kepada hampir seluruh segmen masyarakat Malaysia. Jika sebelum ini, rakyat Malaysia mendakwa Malaysia ialah sebuah negara sekular dan ada pula yang menyatakan Islam hanya sekadar agama rasmi di Malaysia. Tidak hanya rakyat biasa yang terbiasa dengan ungkapan Islam sebagai Agama Rasmi, malah pemimpin-pemimpin negara juga, pada ketika dapatan kajian tersebut, turut mengungkapkan kepercayaan yang sama.

    Dapatan dari kajian ini, seterusnya mempertanggungjawabkan IKSIM untuk melakukan satu proses transformasi pemikiran kepada seluruh rakyat Malaysia supaya memahami kedudukan Islam dalam Perlembagaan di dalam konteks kedaulatan yang sebenar. Bermula 2015, IKSIM telah menggerakkan program Transformasi Pemikiran Islam (TRAPI) ke seluruh negara. Dalam tempoh sesingkat 3 tahun, program ini telah berjaya memberikan penjelasan tentang perkara ini kepada lebih 300,000 peserta yang terdiri dari pelbagai peringkat umur dan pangkat.

    300,000 peserta hanyalah bersamaan dengan  1% jumlah penduduk Malaysia. Masih ada 99% penduduk Malaysia yang belum berkesempatan menerima penjelasan dan pencerahan berkenaan isu ini. Jalan masih panjang dan tugasan untuk membetulkan salah faham tentang kedaulatan Islam dalam Perlembagaan semakin mencabar dengan setiap hari yang mendatang.

    Cabaran demi cabaran kepada Kedaulatan Islam dan Raja-Raja Melayu kini meningkat setiap hari. Walaubagaimanapun, IKSIM tetap komited dengan amanah penubuhannya iaitu memastikan isu Kedaulatan Islam dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing, kekal terpelihara.



    KENYATAAN LAIN