Putrajaya (12 December 2017) :   Imsak - 5:38 AM    Subuh - 5:48 AM    Syuruk - 7:08 AM    Zohor - 1:10 PM    Asar - 4:32 PM    Maghrib - 7:06 PM    Isyak - 8:21 PM
                                             
Program Terkini
  • AKTA 355
  • Banner TRAPI
  • BANNER AGONG

Program Terkini


  • KENYATAAN AKHBAR
    Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM

    Sejak mutakhir ini timbul suara-suara yang mengkritik Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM); dari gertakan saman peribadi seorang ahli Yang Berhormat (YB), kemudiannya ditimbulkan dalam perbahasan parlimen sebanyak dua kali oleh YB yang lain, sehinggalah dikritik secara tersasar dalam akhbar The Star dengan caption negatif mengaitkan IKSIM dengan aktiviti “religious radicalism on the rise”. IKSIM bersedia menerima kritikan membina tetapi bukan dalam bentuk tohmahan yang tidak berasas.

    IKSIM merakamkan perasaan kesal di atas kenyataan-kenyataan yang jauh menyimpang serta dibangkitkan oleh pihak-pihak berkenaan. IKSIM ditubuhkan dengan tujuan khusus untuk mendaulatkan Islam sebagai agama negara selaras dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Semua bentuk aktiviti dan kerja-kerja yang dijalankan oleh IKSIM berada dalam kerangka mematuhi dan menghormati peruntukan-peruntukan perlembagaan dan undang-undang yang diwartakan.

    Merujuk kepada tohmahan bahawa IKSIM menentang cultural diversity sepertimana yang dibangkitkan sebelum ini, ia merupakan satu bentuk tuduhan yang tidak berasas. Cultural diversity yang dinyatakan tersebut jauh bezanya daripada religious pluralism yang dimaksudkan  dalam mana-mana bahan terbitan edaran IKSIM yang menjadi sebahagian daripada tema program “T-R-A-P-I” dan “DIAN” – Daulat Islam Agama Negara. 

    IKSIM menjunjung tinggi sumpah DYMM SPB Yang DiPertuan Agong untuk memelihara Islam sepanjang masa seperti dalam Perkara 37 (1), Perlembagaan Persekutuan dan menjunjung tinggi kedudukan berdaulat Islam dalam Perlembagan Negeri-Negeri di bawah kuasa Baginda  Sultan dan Raja masing-masing di dalam Malaysia.

    IKSIM juga menjunjung kasih di atas sokongan KDYMM Sultan Terengganu baru-baru ini yang menitahkan Majlis Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang mencabar kesucian dan mempertikaikan kedudukan Islam dalam perlembagaan negara.

    Oleh itu, IKSIM sekali lagi menasihatkan pihak Sin Chew Daily, The Star dan Shad Faruqi supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataan melampau mereka. IKSIM akan terus memainkan peranan untuk sama-sama mengukuhkan kedaulatan Islam dan kedudukan takhta kedaulatan Raja-Raja Melayu yang telah dipertahankan sekian lama, seawal Zaman Batu Bersurat Terengganu 1303 Masihi.

    7 Disember 2017.






  • PROGRAM TRAPI 2017

    Klik: Senarai Program TRAPI terkini


    Maklumat Lanjut Mengenai Program, hubungi:
    Pegawai Program TRAPI / Seminar / Forum
    En. Ramyusnali Bin Remli
    019 956 2946 / 03 8861 5874