Putrajaya (19 August 2017) :   Imsak - 5:43 AM    Subuh - 5:53 AM    Syuruk - 7:10 AM    Zohor - 1:20 PM    Asar - 4:34 PM    Maghrib - 7:25 PM    Isyak - 8:36 PM
                                             

 

Alhamdulillah, saya merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah, Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan segenap insan yang mengikuti jalannya sehingga hari kesudahan.

Segala Puji Bagi Allah kerana di atas limpah kurnia rahmat dan keizinanNya, Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) telah berjaya ditubuhkan pada 9 Disember 2014.

Bersama Agenda Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara, IKSIM diharapkan dapat menyuntik satu bentuk perubahan pemikiran di dalam usaha kita semua untuk menyaksikan isu Kedaulatan Islam di Negara ini bersama perkara-perkara yang menjadi ancaman kepadanya dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada semua pihak yang terlibat serta bertungkus lumus sehingga penubuhan IKSIM berjaya direalisasikan. Dengan keberkatan usaha dan kerjasama ini, diharapkan akan diteruskan oleh pihak IKSIM dengan penuh amanah untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Akhir kalam, saya ingin tuan-tuan dan puan-puan turut bersama saya berdoa kepada Allah agar perjalanan IKSIM dalam memenuhi amanah penubuhannya akan berjalan dengan lancar dan menghasilkan kecemerlangan yang dikehendaki. Amin.

Sekian, terima kasih.

MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (B)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri